Sebagai manusia biasa, aku dengan rendah hatinya memohon maaf kepada sesiapa yang RASA JENGKEL dengan tulisan aku sebelum ini. Aku ada pandangan aku sendiri dan takde niat untuk bermusuh dengan sesiapa.
Aku pun bukan orang popular yang nak mengagung-agungkan hasil kerja aku. Tujuan aku buat blog ni pun dengan niat ingin berkongsi kesukaan yang aku cipta melalui artwerk-artwerk aku.
Aku sangat meminati hasil kerja mereka kerana aku iri hati dengan anugerah yang dihadiahkan oleh tuhan kepada mereka. Aku juga bercita-cita menjadi seperti mereka dengan sesuatu yang boleh ditinggalkan kepada orang lain jika aku tiada lagi...
Sekali lagi, aku memohon maaf secara terbuka di sini kepada "Kakak" yang aku libatkan dalam cerita aku tempoh hari. Aku memang rasa tak puas hati dengan "Teguran" beliau pada waktu itu, kerana pada aku, walaupun beliau memaklumkan bahawa perkataan yang aku guna tu hasil ideanya, tetapi perkataan tu bukanlah ciptaan beliau. Bab itu je yang aku tak puas hati. Aku rasa tak adil sangat bila aku diperlakukan semacam itu.
Tapi, aku sedar... walau setinggi mana ego aku nak menegakkan kebenaran, aku tetap dipihak yang salah sebab COPYCAT perkataan yang telah digunakan oleh beliau sebelum itu. Jadi, kalau kakak atau rakan-rakan beliau yang singgah membaca di sini, sampaikanlah MOHON MAAF saya secara jujur dan ikhlas ini kepada beliau.
Saya pun tak berminat nak panjang-panjangkan perkara ni sebab saya ni NOTHING di dunia Blogger mahupun di mana-mana sekalipun. Saya cuma perlukan "tempat" untuk berkongsi hasil kerja seni saya sahaja.... Wallahu a'lam.
mohon maaf xbermakna kalah dan lemah. ia utk bersihkan hati dan jiwa sejahtera. tak bermakna xde org tinggalkan komen kat blog ko, petanda ko xde penyokong. aku yakin ramai yg dah buka mata dgn entry ko yg lalu. bahkan mana2 designer baru nk menjinakkan diri dlm bidang ni secara xlangsung dpt timba ilmu dr entry itu.
BalasPadamdan xbermakna populariti itu segala2nya. aku ramai je kawan designer luar yg diperakui bakatnya tp kureng follower. ia cuma angka. dan xde sapa mengukur bakat kita pada populariti semata. aku mmg suka je artwork ko. pedulikan ckp2 kosong psl artowrk ko. myb penyokong somebody yg buta seni dan hanya nk bela kawan membabi buta.
Aku tak nampak ko ada buat silap. Apa yg ko buat tu perkara yang betul. Bukan ko menokok tambah kisah. kejujuran itu yg penting. yg penting xlari dr masalah. ada juga yg terang2 buat salah, tp masih melaung2kan kat org lain hakikat palsu semata2 nk pesongkan pndgn yg lain ttg kelemahannya. xsudah2 nk org mntk maaf kat dia. tp bila ada kesalahan diri, tidak pula nk rendah diri mohon maaf. mahal sngt kata maaf dr dia. kalau begitu punya ego, xperlu la diikutkan lagi. kita xrugi apa.
move on dengan tapak sendiri. satu hari org lain akan sedar yg mana yg asli dan benar.
Ya, mohon maaf untuk menyucikan hati dan jiwa aku jer... kot-kot tak sempat mohon maaf akan datang, sekurang-kurangnya aku dah mintak maaf... :)
BalasPadamAkak suka dgn entry Momokz baru2 ni. Mmg memberi pengajaran dan menyedarkan akak ttg tingkah laku illustrator popular tersebut. Mmg dia ramai pengikut dan menyokong dia, akak pun dulu salah seorg pengikut dan penyokong dia, admire artwork dia, tpi sejak pengalaman akak, di baling batu sembunyi tangan kat kerja dan usaha akak, akak sedih dan tak percaya dia buat akak mcm tu. Terus cancel nak follow dia lagi, kalau dah mcm tu pe’el nya, nauzubillah..
BalasPadamDah byk kali akak highlight kan benda ni kat teman2 designer akak, walau sepopular mana pun kita, jika ada newbie designer lain dlm industri berblogin ini, bersaing secara sihat, tpi kalau newbie yg tikam dari belakang mcm mak putih tu, akak tak dpt lah nak tolong, masa baru nak mula mintak pendapat kat kwn2 designer 24jam, manis mulut berbicara, depan baik, belakang menyucuk.. alih2 skrg ni dia tak kenal kita dah.. lepas tu skrg tgh rancak menumpang populariti disebalik nama illustrator popular tu.. Haih.. akak tak paham lah. Kita kalau serious nak mencari rezeki biarlah dgn cara yg jujur agar berkat usaha kita. Duit bukan segala2nya sampai kita sanggup menikam kawan sendiri dari belakang.
Kes illustrator popular pun satu, siap warn kasik email bagai kenapa, dia tak malu ke. Kalau pun nak conquer biz dolly tu, jgn lah smpai tabor pasir, bkn boleh kaya pun lukis dolly ni..Cuma dolly ni cute dan comel je utk dilukis .. kena terima, kita berada di alam bloggin ni, saingan mmg byk, bila dikritik kita terima je, tpi jgn lah smpai delete fanpage, letak password semua kat website segala, mcm ada harta karunzzz.. Kalau nak selamat bergiatlah secara offline, print, framekan, gantung kat dinding atau display lah kat mana2. Confirm tak ada yg nak copycat lagi artwork dia. Even pelukis terkenal Yusuf Gajah punya masterpiece artwork pun tak di lock mcm tu.. hadoii..
Apapun, momokz dah minta maaf (pada akak tak perlu pun) rasanya itu sbg kita ni sesama teman islam, Tpi dia sbg org islam pernah kah dia meminta maaf atas perkara yg tak betul dia penah buat?..fikir2kan lah eh…
:) Mohon maaf saya untuk menginsafkan diri saya, supaya jangan terlalu riak dengan sesuatu yang kita boleh buat tapi orang lain tidak...
BalasPadamSuatu waktu dahulu bakat dan anugerah yang ada pada saya ni pernah ditarik balik, sampaikan nak lukis orang lidi pun tangan ni terketar-ketar... akhirnya beralih kepada medium digital, sehingga sekarang.
Saya pun taknak dipandang serong oleh orang-orang lain yang singgah ke sini membaca dan menganggap "saya juga pencuri" walaupun sebelum mereka-mereka ini "LAHIR" dalam bidang ni, saya sudah pun memahat nama di batu...
:)