Lima baris melintang dan sepuluh baris ke belakang. Atau pelbagai jumlah mengikut kesesuaian bilik kuliah tu.
Tetapi seorang pereka bernama Menendez dan Gamonal Arquitectos telah mencipta satu rekaan dalaman yang unik untuk ruang belajar di Kampus Milan di Oviedo Universiti di Asturias, Sepanyol.
Rekabentuk meja berbentuk palet lukisan ini kalau dilihat dari sudut pandangan atas akan memberikan lebih interaksi sesama pelajar dan juga pensyarah. Kebolehan berinteraksi 360 darjah ini membuatkan sesi pembelajaran akan menjadi lebih ceria, santai dan sampai kepada para pelajar.
Ruang yang digunakan juga agak praktikal sebab hanya tertumpu di satu ruang tengah bilik kuliah saja.
Mana tahu, mungkin suatu hari nanti, suasana bilik kuliah ini akan digunapakai di pusat pengajian tempatan.
0 comments:
Catat Ulasan