Rekaan permaidani oleh Laurens van Wieringen telah mengetengahkan konsep visual topografi iaitu visual 3D pemandangan landskap sesuatu kawasan yang diimbas oleh komputer.
Dengan menggunakan beribu-ribu gabus yang berwarna-warni dan beberapa tahap ketinggian telah membentuk seolah-olah sebuah peta 3D.
Permaidani topografi ini dihasilkan dengan begitu teliti dan jelas menunjukkan kawasan tertentu. Ia sememangnya satu rekaan yang sangat menarik dan praktikal untuk dikomersialkan.
0 comments:
Catat Ulasan