#BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Diri Aku

4 comments

Bila nak cerita tentang perkara-perkara menarik pasal aku, aku terfikir... ada ke perkara menarik yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain dalam hidup aku ni?

Gali punya gali, cari punya cari... rupanya ada beberapa perkara yang menarik yang korang perlu tahu tau!!!

#BloggerTalk: 10 Fakta Menarik Tentang Key Selamat:


  1. Sejak tahun 2002 aku menggunakan nickname MOMOK (bermaksud hantu... korang pun tau kot). Masa tu takde lagi facebook. Era internet pun baru nak berkembang time tu. Kemudian aku inovasikan nickname tu kepada MOMOKS.
  2. Kecenderungan aku ialah grafik design, illustration dan animation. Itu adalah Minor dan Major Degree aku... (Bachelor Of Art And Design).
  3. Sekitar tahun 2002 hingga 2006 aku banyak aktif berkarya dan berforum dalam portal Sifoo.com dan Pergh.com. Korang boleh search lagi kot karya-karya aku yang bersepah di alam maya nih...
  4. Nama aku disenaraikan oleh penggiat kartun dalam wikipedia. Boleh rujuk laman berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Moks.
  5. Pada sekitar 2007, masa tu zaman kamera DSLR bermula. Aku menggiatkan diri dalam arena fotografi. Laman flickr aku masih boleh dicapai melalui pautan ini: https://www.flickr.com/photos/momokz/
  6. Aku mula mengambil upah melukis ilustrasi dengan Syarikat Karangkraf. Karya aku menjadi penghias dalam novel grafik pertama kalinya ialah melalui judul Izad Menjejak Buku Sakti 1 & 2. Boleh lihat sini: http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=579
  7. Kemudian aku beralih ke buku kanak-kanak pula. Karya terlaris sepanjang zaman aku ialah melalui Mia Merah jambu (Klik sini), Famili Fariz; Mahu Parti Hari Lahir (Klik sini) Dan Sekolah agama - PTS (Klik sini).
  8. Kini aku dah ada buku yang ditulis dan dilukis sendiri dalam projek Karangkraf (Projek 100 Buku). Ada dua karya aku yang berjaya diterbitkan iaitu Haikal Serba Tahu (Klik sini) dan Busana Merdeka (Klik sini). Masih hangat dipasaran ni tau!!!
  9. Lilitan Shawl Ramadhan by Emy Dahlya (LSR ED1) adalah hasil kerja video aku dengan kerjasama http://www.dahlyafashion.com/. Hingga kini video tersebut mendapat tontonan 400,000 lebih view. Boleh tontonnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=_VkqU9BeNcY
  10. Kebanyakan apa yang aku ceritakan di atas adalah hobi-hobi serius aku. Dan hobi terkini adalah mendalami lagi ilmu foto-manipulasi menggunakan photoshop. Karya di atas adalah karya terkini yang dihasilkan khas untuk mengisi content #BloggerTalk ini dan support kawan-kawan blogger yang lain. 















Itulah serba sedikit kisah hidup aku Key Selamat (Momokz). Ada banyak lagi nak cerita, tapi 10 ni pun dah boleh la kot eh... hahaha!!!

Korang boleh juga lihat karya-karya lain yang sedang aku cuba kemaskini dan satukan dalam satu tempat. Masalahnya aku cepat jemu dan selalu je cuba nak cuba sesuatu yang baru. Itu yang berlambak karya-karya aku dalam internet tu...
Yang ni aku tengah kemaskini dan nak combinekan kat dalam nih... http://mom-okz.tumblr.com/

Kalau korang suka, boleh la komen apa-apa. Tak suka pun boleh komen jer. Aku mengalu-alukan tau!
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Thanks bro. Entri nasi goreng bro pun best gak. aku pun bercita2 nak menjadi orang kaya dari rumah je. Cuma belum masanya lagi...

    BalasPadam
  2. Insyallah satu hari nnti. Love what you do.. Money will follow you...

    BalasPadam
  3. Wahhh cantik lukisan awak... welcome to #sahabatblogger #bloggertalk. Nanti jemput la singgah blog cik ash gak.ya http://cikash.blogspot.com/2015/04/bloggertalk-10-fakta-menarik-tentang.html?m=1

    BalasPadam
  4. Nice! Boleh lah bersifoooo tentang dslr..

    BalasPadam