Bismillah, saya mulakan pembuka bicara untuk blog ini dan terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini. Secara jujurnya saya mempunyai harapan yang tinggi jika saya dapat bertahan dengan penulisan melalui blog ini dalam bidang yang saya minati dan sebahagian dari hidup saya iaitu rekabentuk grafik, fotografi dan ilustrasi.
Ketiga-tiga cabang seni ini sememangnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Hanya medium dan persembahannya saja yang berbeza.
Dan...
Permulaan saya adalah seorang kartunis sambilan di sebuah majalah kartun tempatan sekitar tahun 1996 hingga 1999. Pada masa yang sama, iaitu pada tahun 1996 saya melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka dalam jurusan Art & Design sehingga tahun 2000.
Pada tahun saya grad itu juga, saya mendapat pekerjaan pertama saya di KIRAWANG Sdn. Bhd sebagai Pereka Grafik. Kira-kira 2 tahun juga di sana sebelum saya ditawarkan jawatan Pereka B41 di Jabatan Penerangan Malaysia.
Tahun 2002 adalah permulaan kerjaya saya sebagai penjawat awam. Waktu tu ofis kami di Bangunan BERNAMA (belakang Perpustakaan Negara).
Kemudian saya mengisi penempatan di Bahagian Komunikasi Visual, Jabatan Penerangan Sabah pada tahun 2003 hinggalah tahun 2007 sebagai Ketua Penolong Pengarah. Memang banyak pahit-manis yang saya lalui sepanjang tempoh itu. Memang pengalaman terbest dalam hidup saya semasa di sana. Habis satu Sabah dah saya jelajahi...
2007 kembalinya saya sebagai "Orang KL". Menyewa di Taman Puncak Jalil membuatkan saya lebih survive. Anak masa tu pun dah tiga orang dan masih kecil-kecil... Tahun itu jugalah saya cenderung kepada fotografi dan pernah jugalah bergelar "Jurufoto Kahwin" dalam 2-3 tahun jugak sebelum saya berehat panjang.
Alhamdulillah pada 2013 saya mendapat tawaran kenaikan pangkat dari Pereka B41 kepada Pereka B44. Masalah utamanya (masalah peribadi je nih...) bermulanya kehidupan bahagi dua.
Kalau sebelum ini saya ke tempat kerja, naik satu kereta je. Sekarang kena tambah kereta pulak! Dulu pejabat di KL berpindah ke Putrajaya. Rasa lega dan save bajet. Saya dah pun menetap di Sepang. Kira-kira bajet tu adalah save sikit.
Sekarang balik semula ke KL dan bertambah pulak kos... Huhuhu. Bertahan selagi mampu bagi mencari sesuap nasi. Hahahaha!
Apa pun, bukanlah saya nak cerita hal peribadi saya di sini. Sekurang-kurangnya korang yang membaca ni boleh mengenali saya serba sedikit. Nanti korang jugak yang komplen apalah kepakaran saya nak tunjuk itu ini. Alhamdulillah, saya ada banyak terima ilmu yang bermanafaat untuk dikongsikan dan saya juga pernah mengajar beberapa agensi dalam bidang Grafik ini.
So... apa salahnya saya kongsikan di sini pulak kan! Salam kenal untuk korang...
0 comments:
Catat Ulasan