My Wonderpet

Leave a Comment

Aku ni jenis tak pandai nak membela binatang peliharaan, apalagi kucing.... aku sangat alah pada bulu kucing. Sekejap je hidung ni berair. Tambahan pulak rimas aku tengok jenis kucing yang asyik menggaru... mengibar-ngibarkan bulunya... eiii!!!



Dah dekat 3 bulan, Dragon Turtle ni menjadi anak angkat aku. Sepertimana yang aku katakan tadi, aku memang tak minat nak bela-bela haiwan peliharaan nih. Diri sendiri pun kadang tak terbela. Tapi wife dan anak perempuan aku yang punya komplot nih. Diorang pandai-pandai beli dan bela. Nak suruh aku... hmmm! Kadang seharian terlupa nak bagi makan. Sian dgn wonderpet nih. Semenjak-dua menjak ni, seekor yang besar sket tu asyik diam dan pejamkan mata je... macam layu sesangatlah gayanya! Aku risau dia nak mati jer. Aku dah habaq kat wife suruh lepaskan je, tapi dia sayang dan masih nak bela lagi anak-anak angkat aku ni... mudah-mudahan panjanglah umur mereka semasa berada dalam rumah aku. Mana tau ianya membawa rezeki yang melimpah ruah.... Amin!
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan