Huhuhu... 2 tahun bergelumang dengan gambar-gambar kahwin atas permintaan... Bulan lepas adalah bulan yang sangat memenatkan, full 4 minggu non-stop. Hasilnya, kereta pun dah barai, badan penat dan yang paling syok sekali client dah mula bising album tak siap. Sejak berpindah ke rumah baru di Sepang, perjalanan aku dari rumah ke KL adalah lebey kurang 1++ km jaraknya... kalau pergi-balik, dah berapa... penat dan sakit dalam kereta je! Keluar rumah subuh... sampai rumah senja...
Sejak bulan 3 aku dah rasa nak retire je dari bidang photografi ni. Banyak keluar dari masyuk.... yang aku sedehkan adalah maintenence kereta. kesian keta aku tu, dah bergegar sana-sini, bunyi sana bunyi sini. Sekali servis, 3-4 ratus terbang! Tabung pun dah mula kosong nih... huhuhu, sedey!
Mujurlah ada pulak rezeki dalam bidang illustration ni. Dapat gaklah menggantikan "lebihan kewangan" yang semakin kurang dan bakal ditinggalkan sedikit masa lagi.
Aku dah fed-up dengan bebelan client. Ingat aku ni kuli ke? Aku dah maklumkan awal-awal tempoh jangkaan siap album/video, mereka pun tahu latar-belakangku yang buat kerja ni cuma part-time je. Maknanya aku ada kerja tetap lain nak kena settle tiap-tiap hari... Huh!
Tapi aku tak salahkan diorang, diorang yang bayar perkhidmatan aku sediakan. Cumanya kena la faham... masa yg ku ada amatlah terhad. Jadi aku kenalah buat ikut tempahan yang terdahulu dan seterusnya... waaaa....!!! Rasa nak menangis sekarang ni. Tak pernah aku rasa setension ini. Aku tak boleh buat sambil lewa je, mesti kena buat sebaik mungkin walaupun lambat... huu, sedey!
0 comments:
Catat Ulasan