DSLR adalah singkatan kepada refleks kanta tunggal digital (digital single lens refleks). Kamera DSLR menggunakan cermin untuk mencerminkan imej dari kanta kepada pemidang tilik, yang berada di belakang cermin adalah sensor. Sensor berfungsi mengambil cahaya dan mentafsir ia sebagai isyarat elektronik yang muncul pada skrin kamera anda. Ia lebih rumit daripada itu, tetapi saya tidaklah mahu membebankan otak anda sebelum pelajaran kita bermula!
Semakin besar sensor, semakin berkuasa kamera anda untuk berada di dalam kadar cahaya yang rendah, dan bidang (frame) yang lebih besar akan dapat anda lihat. Sensor yang besar, atau kamera (full-frame), adalah lebih mahal daripada kamera dengan (cropped sensor).
Setiap kamera DSLR mempunyai kebaikan dan keburukan. Untuk mencari kamera yang sesuai untuk anda, anda perlu membuat penyelidikan tentang semua ciri-ciri yang dilengkapi pada kamera dan melihat sumber-sumber berkaitan atau di YouTube untuk rakaman contoh. YouTube telah menghimpunkan banyak sumber khusus untuk pelbagai jenis kamera seperti 5D Mark II, EOS 7D, Nikon D90 dan mengumpul semua jenis DSLR Cinema yang terdapat di pasaran .
Kelebihan merakam video dengan kamera DSLR:
- Kualiti Tinggi - Hampir setiap kamera DSLR yang boleh merakam sehingga 1080p, yang sangat tinggi kualiti HD.
- Kualiti visual seperti filem - kamera DSLR boleh meniru rupa filem dengan baik. Ini bermakna video anda akan kelihatan seperti apa yang anda lihat di panggung wayang!
- Juga Kamera pegun (still camera) - Ingat, DSLR anda adalah kamera pegun, yang memudahkan anda pergi berulang-alik antara mod video dan foto.
Dalam membuat keputusan untuk memilih kamera yang terbaik untuk anda, perlu diingat bahawa teknologi DSLR sentiasa dipertingkatkan dan mempunyai ciri-ciri baru setiap masa. Oleh itu, pilihlah mengikut keperluan pada masa itu, kerana kreativiti tidak akan bertahan lama. Kemajuan teknologi dan kreativiti sentiasa berkembang dan berubah-ubah dan akan meninggalkan kita jika kita lewat bertindak.
0 comments:
Catat Ulasan