Penerbangan Realiti Maya

Leave a Comment


Syarikat penerbangan terbesar di Australia Qantas dan Samsung telah bekerjasama dalam usaha baru yang akan menawarkan gajet realiti maya kepada pelanggan syarikat penerbangan itu.

Perkongsian idea ini adalah kerjasama antara Samsung Gear VR dengan pemilik pesawat A380 ini dalam penerbangan antara Australia dan Los Angeles untuk tempoh tiga bulan, yang boleh melayan penumpang kelas pertama menjadikan pengalaman mereka selama beberapa minit itu menjadi pengalaman yang luar biasa mengatasi pesaing mereka.

Teknologi realiti maya akan dikuasakan dan dikendalikan menggunakan Galaxy Nota 4, dan akan menawarkan dua corak hiburan iaitu filem dan persembahan multimedia dari pihak ketiga khusus untuk program ini.

Antara program yang terdekat sebagai perintis ialah undangan Tourism NT, yang membolehkan pelancong untuk mengambil bahagian dalam lawatan 3D interaktif ke Taman Negara Kakadu di Wilayah Utara Australia.




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan