Rekaan Tempat Menderma Pakaian Yang Menarik

Leave a Comment

Jarang kita jumpa satu ruang atau bekas yang praktikal untuk mereka menderma pakaian yang tidak digunakan lagi. Di Malaysia yang ada hanyalah tong kitar semula yang tidak spesifik untuk pakaian pun...


Ini memberikan idea kepada  Lai Chih-Wei dan Lee Yin-Kai untuk menghasilkan satu kiosk menderma baju yang boleh ditempatkan di kaki lima jalan atau di hadapan kedai. 

Sekiranya idea ini dapat dipraktikkan, masalah kebersihan pakaian yang didermakan dapat dijamin. Ia juga membantu mereka-mereka yang memerlukan pakaian untuk menukar pakaian mereka di dalam kiosk itu sahaja.

Setiap pakaian telah diasingkan mengikut kategori, ruang baju, seluar, pakaian lain dan kasut. Mereka yang memerlukan pakaian segera ini boleh menukarnya di dalam kiosk kerana ia dilengkapi lampu yang menggunakan tenaga solar.

Idea rekaan ini betul-betul memanfaatkan lambakan pakaian terbuang dan juga tenaga elektrik. Memang terbaek!





Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan